Friday 12 July 2013

ular yang hadir pergi jua

assalamualaikum........
salam ramadhan kepada semua umat islam...
hari ni cik ya nak kongsi kan sikit cerita dekat rumah cik ya
hari ni cik ya ada lah bukak tingkap kecil dekat bilik tiba-tiba terlintas
dekat fikiran ni "eh nantikan ular masuk pulak ataupun binatang-binatang yang lain"
tapi fikiran itu dihiraukan , dan terlintas tak masuknye kot..
hmmm dan lepas itu cik ya pergi ambil wuduk dan mengerjakan solat asar
lepas itu diteruskan dengan bacaan al-quran
tetiba aje bunyi riuh-rendah dekat luar tapi ianya masih dihiraukan dan terus
dengan bacaan al-quran....
lepas tu rasa ingin tahu yang menebal dalam diri ini
menyebabkan cik ya menghabiskan bacaan al-quran dengan secepat mungkin
untuk mengetahui apa yang terjadi...
lepas aje keluar dari bilik cik ya terus aje melulu ke luar rumah yang berbunyi agak riuh
setelah itu cik ya mendapat maklumat bahawa ada ular yang berbisa telah memasuki rumah cik ya
melalui wayar area tv dan memasuki melalui tingkap kecil berdekatan dengan tv
....dan ada beberapa jiran yang perihatin yang datang untuk membantu menghalau ular itu...
akhirnya setelah terkena satu pukulan daripada ayah cik yaya dan ular itu mati di tangan kucing peliharaan cik yaya sendiri....dan dikerat lapan oleh adik cik yaya.......
alhamdulillah semuanya selamat......

No comments: